Saturday, October 30, 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

hmmm nampaknya dah bersawang blog kelab kami ni..
maaf kerana lama dah tidak memberikan khabar berita..
kesibukan sebagai pelajar membataskan kami untuk meng'update' blog ini...
seperti yang kita sedia maklum, musim peperiksaan telah melanda warga UiTM disetiap kampus ..
dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan :

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR
BAGI SESI JULAI-DISEMBER 2010..
SEMOGA ANDA SEMUA DAPAT MENJAWAB PEPERIKSAAN DENGAN TENANG
AMIN..

Selingan bersama:

Allah dah tentukan rezeki kita kat mana
lulus ke gagal ke DL atau tidak
yang penting USAHA KITA
Sedikit usaha dan ketekunan kita
akan membuahkan hasil yang cukup baik
Percayalah :
Sekali kita mendapat keputusan yang baik,
kegembiraan luar biasa yang akan terus mendorong kita
untuk terus kekal cemerlang

jadi renung-renungkan dan selamat beramal..



Tuesday, August 17, 2010

Check it Out!

Agak agak dah lama juga kami tak update blog ni rupanya :)
Tetapi persatuan kami tetap aktif, bacalah entry terbaru ni. Let's Check it Out what we have done!

Persatuan Siswa Bistari telah mengadakan beberapa program sepanjang Julai sehinggalah hari ini. Alhamdulillah program yang dilaksanakan mendapat sambutan ahli ahlinya terutama daripada adik adik part 1. Kami telah merancang pelbagai aktiviti untuk sesi Jun-Dec 2010 tahun ini. Antara program program yang telah berjaya dilaksanakan ialah

>>AGM Siswa Bistari pada 28 Julai 2010
>>Kursus Penubuhan & Pengurusan Syarikat Siswa Bistari 2010 dengan kerjasam SINDORA Berhad
>>Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)



Kursus Penubuhan & Pengurusan Syarikat Siswa Bistari

Haaa, nak tahu program ni seronok ke tak seronok ke, tanyalah rakan rakan kita yang sertai kursus ni, sambutan yang menggalakkn, dan di harap sem akan datang program ni akan di adakan lagi. Kepada anda di luar sana yang masih belum menjadi ahli kami, Sign Up okay? :)


Tengoklah kawan kita sorang ni seronok bermain Catur Bistari :)


Bergambar bersama En Rahman





OPKIM di Kampung Tengah, Sg Terap, Muar Johor



Bergambar selepas sesi gotong royong

Ucapan oleh En Rashid sebagai Ketua Kampung


Ucapan dari Presiden Persatuan Siswa Bistari, Al Amirul Akmal b. Idris
Antara aktiviti kami lakukan di sini ialah aktiviti membersihkan Surau dan Masjid, Melawat ternakan kambing boer, lembu dan Kilang Cendawan.

Pelbagai lagi aktiviti yang akan kami laksanakan selepas ini, tunggulah posting dari kami lagi yahh (:

Friday, March 26, 2010

MOTIVATION TALK


Program : Motivation Talk (Sesi Bersama Mentor Syarikat)
Tarikh : 21 Mac 2010 (Ahad)
Tempat : Bilik Seminar Seri Bendahara UiTM Segamat
Anjuran : Persatuan Siswa Bistari UiTM Johor & Johor Corporation
Syarikat : Al Biz Fantasy Cafe
Alam Dobi Enterprise
Fast Food Corner (2FC)

Perasmian oleh : Pn Noor Ruzilawati binti Rudin
Pengurus BISTARI Young Entrepreneur Sdn Bhd

Mentor : Al Biz Fantasy Cafe (En Abd Rahman)
Alam Dobi Enterprise (En Azlan)
Fast Food Corner (En Suhaimi)


Pn Noor Ruzilawati binti Rudin


En Abd Rahman En Suhaimi

En Azlan

Sesi Dialog Bersama Mentor


Catur Bistari



Pada 20/03/2010 telah berlangsung
Pertandingan Catur Bistari Terbuka Melaka
yang telah diadakan di UTeM Melaka
UiTM Segamat telah menghantar dua pasukan untuk bertanding
dimana satu pasukan mewakili " AL BIZ FANTASY CAFE "
dan " KELAB SISWA BISTARI UiTM SEGAMAT "
kemenangan tidak menyebelahi kami pada hari tersebut, belum ada rezeki untuk kami.
tetapi...
itu bukan bermakna kami kalah
next sem ada lagi dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk memenangi pertandingan ini pada masa akan datang.




Monday, March 15, 2010

PERTANDINGAN CATUR BISTARI

Persatuan Usahawan Siswa BISTARIakan menghanter dua pasukan ke Pertandingan Catur Bistari yang akan di adakan di UTEM pada 20 Mac 2010. Seramai 8 orang peserta dan 17 orang penyokong akan pergi bersama seorang Pensyarah Pengiring..
GOOD LUCK!!! DO THE BEST... Semoga Berjaya DAN MENANG!!!

Monday, March 1, 2010

PERJUMPAAN PERSATUAN SISWA BISTARI 2010

PENGUMUMAN!!!!!!!!!!
Kepada semua ahli baru dan lama Persatuan Usahawan Siswa Bistari (PUSB).
satu perjumpaan untuk pengenalan persatuan akan di adakan di:
tempat: SL104-107
TARIKH; 2-MAC-2010
masa: 8.30pm-10.00pm
pakaian: mengikut sasiah rupa diri siswa-siswi UiTM

extra news!!!
AL BiZ Fantasy Cafe akan memberi sumbangan promosi berjumlah
RM2000.00!!! dengan memberikan 1 cop AL BiZ kepada setiap 200 ahli yang pertama hadir ke perjumpaan tersebut. 1 cop berjumlah RM10..

COP PERSATUAN DISEDIAKAN!!!!
MARILAH DATANG BERAMAI-RAMAI!!!



Tuesday, February 9, 2010

PERJUMPAAN PERTAMA 2010

Satu perjumpaan antara Panel Eksekutif dan semua ahli syarikat di bawah Program Siswa BISTARI akan diadakan iaitu :



Tarikh : 9 Februari 2010

Masa : 8.30 mlm

Tempat : Blok U

Pakaian : Kemas dan sopan

* Mereka yang berminat untuk menjadi ahli Persatuan Usahawan Siswa BISTARI dan ahli syarikat Siswa BISTARI dijemput hadir.